Nuffnang Ads

Thursday, March 4, 2010

Permohonan Ke Universiti Kuala Lumpur Dibuka!!

Sedikit info kepada adik-adik lepasan SPM atau STPM yang berminat dalam bidang kejuruteraan, anda sudah boleh mula membuat permohonan melalui laman sesawang UniKL. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, permohonan juga telah dibuka. Untuk makluman, UniKL merupakan salah sebuah institusi pendidikan dibawah tajaan MARA (Majlis Amanah Rakyat). UniKL terbahagi kepada beberapa kampus mengikut agihan bidang tersendiri contohnya, UniKL MIMET, UniKL MIAT, UniKL MSI, UniKL RCMP, UniKL MIIT dan sebagainya.



Untuk maklumat lanjut mengenai program yang ditawarkan serta syarat-syarat permohonan, sila layari laman sesawang UniKL ,www.online.unikl.edu.my/

Kembali ke kancah ‘Blogger’


Kebosanan melayari laman sosial telah membuatkan saya kembali ke arena blogging. Nampaknya, kita mungkin memerlukan satu laman sosial yang baru untuk menghilangkan kebosanan laman-laman sosial yang ada sekarang. Sudah terlalu banyak ‘Spam’ melanda laman seperti ‘Facebook’ dan ‘Myspace’. Mungkinkah kita perlukan ‘SpaceBook ‘ untuk menggantikan laman-laman sosial sedia ada ini? Sama-sama lah kita nantikan. Tak mustahil ini akan berlaku kerana baru-baru ini saya, saudara Adam dan Cedin telah menemui laman ‘Mukabuku’ yang masih dalam pembinaan. Semua ini berlaku secara tidak sengaja apabila saudara Adam menyuarakan idea untuk membina laman sosial yang baru. Idea ‘Mukabuku’ muncul hasil alihbahasa ‘Facebook’ ke Bahasa Malaysia. Namun, ternyata idea itu telah terlebih dulu digunakan oleh orang lain kerana domain ‘mukabuku.com’ telah dimiliki oleh orang lain. Jadi, sama-samalah kita nantikan kemunculan ‘mukabuku.com’ yang entah bila akan akan beroperasi. Oh ya, terlupa pula, kali ini saya menggunakan platform ‘blogspot’ bagi menggantikan platform ‘wordpress’ yang sudah lama tidak beroperasi itu. Sengaja ini mencuba, bak kata pepatah orang-orang tua, 'salin tikar'. :)